Malaysia Dateline

Pemuda Pas promo daging arnab ketika umat Islam resah

Tindakan Pemuda Pas yang sibuk mempromosikan khasiat daging arnab ketika isu-isu utama yang selama ini menjadi isu asasi parti Islam itu mendapat kecaman pelbagai pihak.

Ada setengah mereka menuduh Pemuda Pas bacul, masuk dalam gua dan sebagainya apabila sunyi sepi ketika pelabagai isu yang melibat umat Islam melanda negara.

“Kesian arnab comel jadi bahan cover parti ***** yang dulu jaja agama dan tuhan. Pas parti *****  jual nama tuhan demi kuasa. Bila dapat kuasa, skupang tak boleh harap,” tulas The mamuMUHIBBAH menerusi Twitternya yang kesal dengan sikap Pemuda Pas itu.

Antaranya isu panas ketika Pemuda Pas membuat promosi daging arnab adalah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan nama Allah digunakan bukan Islam, perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam dan juga pengisytiharan murtad oleh Muhamad Sajat.

Ketiga-tiga isu inilah yang dimainkan oleh Pas ketika belum menjadi kerajaan dahulu termasuk menyerang kerajaanb Pakatan Harapan khasnya Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof.

“Kahwin sudah, murtad sudah, kalimah Allah sudah, tak cukup lagi ke alasan nak ke Padang Merbok ni,” tanya seorang pengguna Facebook kepada Pemuda Pas apabila menayangkan tentang kebaikan daging arnab ketika umat Islam terdesak dengan ketiga-tiga isu tersebut.

Padang Merbuk menjadi sebutan kerana di situlah Pemuda Pas dan partinya menghimpunkan rakan-rakan dan penyokongnya bagi menyokong RUU 355 yang entah ke mana sekarang.

Amirul Aizad ketika mengulas isu ini juga mengungkitkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hukum menggunakan nama Allah.

Ghilman Yasrif pula menulis, “woi lebai, dulu melalak isu kalimah Allah kuat sangat.. sekarang ni apa citer??
Sekarang ni bersengkongkol dengan pelaku dosa besar. Tok guru tak pernah tak melucukan.”

Zee Dee ketika mengulas isu ini berkata, “Moga2 perjuangan untuk memartabatkan daging arnab memperoleh kejayaan.”

Amirul Faisal pula bimbang kalau-kalau Pas suka melompat selepas ini apabila berkata, “Jangan amal sangat makan daging arnab ni..nanti terikut perangai dia suka melompat..risau lompat parti je nanti.”