Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pemuda Pas selar KKM teruskan pelantikan Rania Zara, hina undang-undang negara

Pemuda Pas selar KKM teruskan pelantikan Rania Zara, hina undang-undang negara

SITI NUR ZAWANI MISCONJuly 10, 2019 12:49 pm




Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melantik Ratu Trans Women 2017, Rania Zara Medina sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) sebagai satu tindakan menghina undang-undang negara.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari, mempersoalkan kewajaran meneruskan pelantikan tersebut semata-mata kerana ia sudah dilaksanakan sebelum ini.

Ini kerana katanya, ianya bukan kali pertama golongan transgender dilantik sebagai ahli jawatankuasa di dalam CCM, malah ia merupakan alasan yang sangat rapuh untuk meneruskan pelantikan tersebut.

“Perkara tersebut jelas melanggar undang-undang negara dan juga syariah Islam, adakah ia wajib diteruskan semata-mata kerana ia sudah dilaksanakan sebelum ini?

“DPPM sekali lagi berpandangan bahawa golongan transgender seperti komuniti lesbian, gay dan homoseksual perlu didekati dan disantuni agar mereka tidak tersisih daripada masyarakat dan dapat meninggalkan gaya hidup mereka yang songsang.

“Namun dalam masa yang sama, tidak boleh sama sekali bertolak ansur dengan memberikan mereka pengiktirafan dan juga kebenaran untuk mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang negara dan juga sekaligus undang-undang syariah Islam,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan pelantikan tersebut sebagai tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Katanya, KKM tidak boleh berdolak-dalik dengan mengatakan tindakan tersebut sebagai memastikan golongan transgender turut diwakili.

“Transgender itu sendiri pun sudah bertentangan dengan Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan.

“DPPM mempesoalkan adakah langkah kerajaan ini merupakan satu percubaan untuk mengiktiraf golongan transgender sekaligus membenarkan mereka mengamalkan gaya hidup songsang selepas ini?

“Adakah dengan alasan kononnya transgender perlu diwakili maka selepas daripada ini setiap pelaku jenayah yang lain pula berhak untuk diwakili dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan mereka?,”soalnya lagi.

Baca: KKM ikut prosedur

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan pelantikan Rania Zara Medina sebagai Ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia untuk Penggal 2019-2021 adalah mengikut prosedur sedia ada.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menerangkan Sebagai keperluan Global Fund, anggota CCM terdiri daripada 25 ahli yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, NGO, ahli akademik, dan wakil komuniti dari populasi sasar.

Populasi sasar ini termasuk Transgender, Men-sex-with-men, Female sex worker,‘People who use drug’ dan people living with HIV/AIDS (PLHIV).

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production