Pemuda Pas Terengganu jadi negeri pertama putus dengan PKR

Pemuda Pas Terengganu jadi negeri pertama putus dengan PKR

Sidang Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang bersidang semalam bersetuju sebulan suasara mengemukakan usul mendesak Pas Pusat membatalkan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru Terengganu menjadi negeri pertama yang memutuskan hubungan dengan PKR.

Pada 20 Mac lalu Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik berkata, keputusan sama ada untuk meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR akan diputuskan pada Muktamar PAS ke-63 yang akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah.

Justeru itu dalam muktamar dewan pemuda parti itu yang sedang berlansung  seluruh negeri terdapat beberapa kawasan yang turut mengusulkan untuk memutuskan kerjasama politik antara Pas dan PKR.

Antaranya pada 27 Mac lalu, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pemuda PAS Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, selepas usul sama diluluskan di Tumpat (Kelantan), Permatang Pauh dan Bayan Baru (Pulau Pinang).

Muktamar PAS dijangka akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei ini.

TAGS