Azmin calon PM wakili suara majoriti belia, kata AMK Kelantan

Azmin calon PM wakili suara majoriti belia, kata AMK Kelantan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemuda PKR Kelantan mendakwa, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dicalonkan sebagai perdana menteri yang berpotensi daripada Pakatan Harapan.

Haissazc Shuqkin Hisham

Ketua Biro Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Haissazc Shuqkin Hisham berkata, pemilihan Azmin  dilihat sebagai satu langkah yang berkesan dan tepat melihat kepada kejayaan dan keberkesanan pentadbiran beliau semenjak memegang tampuk kepimpinan kerajaan Selangor bermula tahun 2014.

“Belia kini (belia millennial) mahukan seorang pemimpin yang mampu menaikkan taraf hidup rakyat dengan menurunkan bebanan kos sara tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak khususnya kepada belia yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

“Bermula tahun 2014, kepimpinan Azmin dalam kerajaan Selangor dapat dibuktikan dengan kejayaan negeri Selangor dalam mengurangkan bebanan hutang kerajaan negeri sehingga dikategorikan oleh Laporan Ketua Audit Negara sebagai Negara yang paling kurang bebanan hutang di samping kerajaan Pulau Pinang dengan jumlah hutang pada tahun 2015 iaitu RM 27.09 juta kepada RM 14.67 juta pada tahun 2016,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai  parti-parti dalam gabungan pembangkang dilapor bersetuju menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persetujuan itu dicapai selepas cadangan untuk menamakan kedua-dua individu itu dikemukakan semasa pemukiman gabungan pembangkang yang diadakan pada 1 dan 2 Disember lalu.

Bagaimanapun pemilhan calon PM dan TPM ini masih terbuka untuk dibincangkan oleh parti dalam gabungan kerana cadangan dalam retreat itu belum lagi dibawa ke Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan.

Beliau yang juga Ketua Koordinator Cabang Kota Bharu itu juga berpendapat, beberapa inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Selangor yang meletakkan negeri tersebut sebagai negeri yang termaju di Malaysia dibawah inisiatif Peduli Rakyat, antaranya Peduli Sihat, perkhidmatan bas percuma Smart Selangor, inisiatif perumahan Rumah Selangorku dan beberapa inisiatif yang lain ujarnya, menarik perhatian golongan belia.

“Inisiatif ini sememangnya bertujuan untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi yang kian meruncing.

“Antara inisiatif yang menarik perhatian para belia adalah inisiatif Skim Smart Sewa yang mana skim ini dapat membantu para belia dalam usaha untuk memiliki kediaman sendiri tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

“Skim ini yang bertujuan untuk membantu penyewa memiliki kediaman melalui pemulangan deposit sewa pada kadar minimum dua tahun dan maksimum lima tahun ini diakui oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengakui skim ini memberi manfaat yang baik kepada rakyat Selangor.

“Malah kejayaan pentadbiran Azmin dalam mengatasi masalah belia dalam merebut peluang pekerjaan dapat dilihat melalui Program Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) yang mana berjaya membantu para usahawan dalam membuka perniagaan mereka sendiri dengan kadar 75%,” terangnya.

Justeru dengan pelbagai kejayaan dibawah inisiatif Peduli Rakyat yang diterajui oleh Azmin ujarnya lagi, telah menjadi model relatif yang terbaik untuk rakyat khususnya golongan belia dalam menilai akan potensi yang ada pada TImbalan Presiden PKR itu dalam menerajui kepimpinan tertinggi Persekutuan menjelang PRU-14 nanti.

6.5
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 7.0
CATEGORIES
TAGS