Malaysia Dateline

Pemuda PH lapor SPRM isu campur tangan menteri dalam PDRM

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui isu pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bahador sepanjang beliau memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan perkara penting.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Shazni Munir Mohd Ithnin memberitahu SPRM akan memberikan respons segera mengenai hal tersebut susulan laporan yang dikemukakan pihaknya kepada suruhanjaya tersebut.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu juga berkata, SPRM akan menyerahkan laporan tersebut kepada ibu pejabat di Putrajaya, dan mereka akan menunggu respons daripada ibu pejabat mengenai perkembangan siasatan.

“Kita menggesa SPRM untuk menyiasat dakwaan serius oleh Abdul Hamid. Dia bukan calang-calang orang tetapi bekas IGP.

“Kita rasa dakwaan olehnya ada merit yang perlu dipandang serius oleh pihak penguatkuasa khususnya SPRM,” katanya lagi.

LANJUT MENYUSUL