Pemuda PH sambut baik penyediaan internet lebih pantas

Nik Nazmi Nik Ahmad

Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyambut baik komitmen Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mahu menyediakan internet pada kelajuan lebih pantas pada harga lebih murah.

Menurut Ketua Pemudanya Nik Nazmi Nik Ahmad  itu, rakyat bergantung kepada internet untuk bersosial, bekerja dan belajar.

Oleh itu banyak aspek Revolusi Industri Keempat bergantung kepada internet yang laju, stabil dan dengan harga yang berpatutan.

Malangnya kata Ahli Parlimen Setiawangsa  ini lagi, rakyat berdepan dengan internet yang ada banyak masalah. Ini bukan soal rakyat memilih internet yang perlahan seperti kata bekas menteri, tetapi kerana sistem yang tempang.

“Kami berharap komitmen yang disuarakan dapat dilaksanakan segera agar Malaysia dapat bersaing dengan negara-negara yang mempunyai Internet terpantas dan termurah di rantau ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

COMMENTS

Wordpress (0)