Pemuda PH Wilayah Persekutuan komited akan tumbangkan Umno-BN

Zahin Zainal

Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan komited berazam untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di semua 12 kerusi Parlimen di negeri itu.

Ketua Pemudanya Zahin Zainal berkata beliau dan jawatankuasa pemuda yang akan dibentuk Isnin ini, tidak beritorik untuk menawan Putrajaya.

“Kami bukan beretorik tapi kami mahu pastikan kali ini pemimpin Umno akan duduk dikerusi pembangkang kerana mereka sudah lama duduk dalam kerajaan.

“Kami diperingkat pemuda Pakatan Harapan akan bermesyuarat minggu hadapan untuk melaksanakan manifesto untuk golongan muda di Wilayah Persekutuan yang telah lama ditinggalkan kerajaan terutama di Parlimen Setiawangsa ini,” ujarnya.

Beliau bercakap pada ceramah Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan oleh Pakatan Harapan Bahagian Setiawangsa di Sri Rampai semalam.

Beliau turut memaklumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan akan dibentuk esok dan tiga biro ditubuhkan bagi memantapkan gerak kerja pemuda Pakatan Harapan di negeri itu.

“Selama ini kita sedar banyak bangunan tinggi dan kondo tidak mampu disewa atau dibeli oleh golongan muda di Wilayah Persekutuan ini dan kita mahu membawa alternatif terhadap penyelesaian masalah perumahan golongan muda.

“Pemuda Pakatan Harapan senang didekati dan kita harap pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dapat memberikan input untuk memastikan manifesto pemuda Pakatan Harapan di Wilayah Persekutuan ini dapat digembling bersama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Justeru terangnya kini Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan telah bersetuju menubuhkan tiga biro membabitkan Biro Komunikasi dan Penerangan, Biro Pilihan Raya dan Biro Mobilasi yang telah dipersetujui bersama.

“Esok kita akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai struktur ahli jawatankuasa Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan,” ujar.

Menurut Zahin yang juga Ketua Armada Wilayah Persekutuan walaupun berat tanggungjawab yang terpaksa beliau galas untuk menguruskan struktur Pemuda Pakatan Harapan di Wilayah Persekutuan beliau berkeyakinan tanggungjawab diberikan oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan akan digalas sebaik mungkin.

“Saya mewakili pimpinan pemuda Pakatan Harapan sokonglah kami dan dekati kami unuk kami ambil seberapa banyak pendapat anda khusus untuk golongan muda di Wilayah Persekutuan ini.

“Kami mudah didekati sangat komited untuk golongan muda yang akan menukar kerajaan Umno- BN kepada Pakatan Harapan,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS