Malaysia Dateline

Pemuda PH Wilayah santuni insan seni

Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengambil inisiatif bagi menyantuni insan seni di ibu negara.

Ketuanya, Asmaaliff Abdul Adam yang juga Ketua Pemuda AMANAH berkata, golongan terbabit juga dilihat terkesan dengan pelaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, pihaknya menyampaikan sumbangan barangan asas kepada 15 pelukis Wilayah Persekutuan di Pasar Seni.

Pelukis Khairul memberitahu golongan pelukis dan seni seolah-olah tidak dipandang, jauh sekali daripada menerima bantuan.

Beliau berharap pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan mendengar sendiri keluh kesah golongan terbabit.

Sementara itu, pelukis Fauziah atau dikenali dengan panggilan Kak Gee berkata, beliau perlu membayar sewa premis walaupun tiada sebarang kemasukan pendapatan akibat PKP.