Seorang pemuda berjaya memecahkan rekod pembelian nasi kandar paling mahal di Restoran Nasi Kandar Sulaiman di George Town.
Rekod termahal di restoran itu adalah RM372.
Namun pemuda dari Pulau Pinang ini menjadi pemecah rekod, memesan hidangan signatur kedai itu pada harga RM400.
Menerusi perkongsian di Facebook restoran tersebut, lelaki berkenaan memesan setalam penuh nasi kandar dengan lauk pauk yang terdiri daripada 29 ekor udang di mana harganya sekitar RM232.
Restoran itu turut memperincikan lauk lain yang dipesan lelaki berkenaan.
Antaranya 10 ekor sotong (RM80), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).
“RM400, pecah rekod. Fuhh seorang makan Orang Penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod.
“Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak.
“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai (datang) makan. Siap buat live TikTok,” kata restoran itu di Facebook.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan rekod baharu itu selain menasihatkan pemuda tersebut untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Rata-rata juga mendoakan kesihatan pemuda berkenaan.
Baca juga: Tak dapat tidur sebilik dengan anak lelaki, mentua ugut menantu nak musnahkan rumah tangga
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio