Pemuda Umno mahu kerajaan PH tambahbaik pendidikan di sekolah tahfiz

Pemuda Umno mahu kerajaan PH tambahbaik pendidikan di sekolah tahfiz
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Pakatan Harapan (PH) perlu meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan menangani sebarang kelemahan dan bukannya menghapuskan sistem pendidikan, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengatakan amat mengecewakan terdapat saranan untuk menutup sekolah tahfiz yang kononnya tidak memberi harapan besar bagi generasi baru umat Islam.

“Dasar Pendidikan Tahfiz Negara telah dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dengan tujuan menghasilkan 125,000 penghafaz Quran, yang pada masa yang sama menguasai pelbagai disiplin termasuk kemahiran teknikal.”

“Pemuda Umno mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan pendidikan tahfiz dan membuat penambahbaikan sekiranya ada kelemahan dalam dasar ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno¬† pertama di Menara Dato ‘Onn,semalam petik Bernama.

Beliau mengulas cadangan cadangan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin untuk menutup sekolah-sekolah tahfiz yang dianggap terlalu radikal tetapi cadangan itu ditolak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote