Pemuda Umno minta Bersatu buat pendirian isu RUU355

Pemuda Umno minta Bersatu buat pendirian isu RUU355

Sikap membisu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap usul Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu terus menimbulkan persoalan mengenai pendirian parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata tindakan ‘membungkam’ PPBM itu secara langsung membuktikan PPBM hanyalah alat dan perkakas DAP untuk mengurangkan sokongan orang Melayu khususnya terhadap Barisan Nasional.

“Kami musykil dengan pendirian PPBM yang terus menerus mengambil sikap berdiam dan berkecuali mengenai isu RUU355 ini dan pada masa yang sama menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.

“Bagi kami, pendirian PPBM adalah penting kerana ia akan menggambarkan prinsip dan pendirian parti itu dalam arus perdana politik negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Shaiful Hazizy mengutuk sekeras-kerasnya beberapa anggota parlimen Melayu Islam yang bertindak menghalang pembentangan usul itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tindakan mereka ini jelas bermotifkan politik semata-mata dan sama sekali tidak peka dengan keperluan ummah dan agama,” katanya.

TAGS