Malaysia Dateline

Pemuda Umno Perlis gesa pecat penjawat awam hina kerajaan

Pergerakan Pemuda Umno Perlis menggesa kerajaan supaya menamatkan perkhidmatan seseorang penjawat awam yang memburukkan atau anti kerajaan.

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata tindakan itu wajar, dan kerajaan harus memikirkan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.

Ini (hina kerajaan) bukanlah perkara baru, tindakan sebegini mampu untuk mendisiplinkan mereka agar berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini hari ini.

Laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil terhadap seorang pegawai kanan kerajaan didakwa memuat naik dan berkongsi status di Facebook miliknya, yang memburukkan pemimpin tinggi negara.