Pemuda Umno persoal keperluan PH menjarah RM30bilion dividen Petronas

Pemuda Umno persoal keperluan PH menjarah RM30bilion dividen Petronas

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa kerajaan perlu menjarah RM30 bilion dividen Petronas sedangkan laporan Ketua Audit Negara mengesahkan tiada ‘rompakan’ wang tuntutan balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau juga mempersoalkan adakah semuanya salah BN hanya disebabkan kerajaan tiada hasil untuk membuat bayaran balik ketika GST ditetapkan pada kadar sifar selama tiga bulan.

“Sekiranya Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan tiada ‘rompakan’ wang tuntutan balik GST oleh kerajaan lepas, mengapa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan kerajaan masih mahu jarah RM30 bilion dana Petronas untuk bayar tuntutan balik GST ini?

“Oh ya, Tax Holiday (GST kadar sifar) tiga bulan, tiada hasil untuk buat bayaran semula. Salah BN kah?,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan permohonan tuntutan pulang balik sebanyak RM19.47 bilion sedang dalam semakan audit agensi itu semasa Laporan Audit Negara disediakan.

JKDM melalui kenyataan media berkata, keseluruhan semakan telah dilaksanakan dan RM19.47 bilion diluluskan untuk dibuat bayaran pada akhir bulan Julai 2018 bagaimanapun, tiada dana yang cukup dalam tabung bayaran balik GST untuk membayar tunggakan tuntutan pulang balik tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 menjelaskan tunggakan pulang balik GST yang dilaporkan KJDM pada 5 Jun lepas berjumlah RM19.47 bilion melibatkan 122,580 Orang Kena Cukai (OKC).

Laporan itu menjelaskan sejumlah RM1.45 bilion adalah tuntutan pulang balik oleh OKC yang telah disahkan oleh pegawai JKDM tetapi masih belum dibayar oleh akauntan JKDM disebabkan oleh baki peruntukan Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik GST tidak mencukupi, pulang balik ditahan secara manual oleh JKDM dan OKC dalam proses pengauditan oleh pegawai JKDM.