Pemuda Umno tegur pemimpin berkecuali dalam pergolakan dalaman PH

Pemuda Umno tegur pemimpin berkecuali dalam pergolakan dalaman PH

Umno-Barisan Nasional (BN) seharusnya tidak mencampuri sebarang pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) terutama melibatkan perebutan jawatan kerusi Perdana Menteri, kata Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Noorazley Yahya.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata, polemik mengenai perebutan kerusi Perdana Menteri antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi rahsia, namun kepimpinan Umno-BN perlu mengambil sikap berkecuali demi memberi tumpuan kepada pemerkasaan Umno-BN.

“Kepimpinan UMN0-BN tidak seharusnya mengambil peduli terhadap pertembungan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, selain menyerahkan kepada akar umbi PKR untuk memilih pemimpin mereka.

“Ketika ini, Umno-BN perlu meletakkan sepenuhnya fokus untuk mengembalikan kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan dan hala tuju dalam usaha memperkasakan parti, disusuli gerak kerja dalam memastikan kebajikan rakyat terutama kalangan pendokong Umno-BN dibela,” ujarnya.

Noorazley yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor itu berkata, kesan tindakan dan polisi kerajaan PH hari ini, Umno-BN ujarnya, perlu mengambil peluang memulihkan kepercayaan rakyat dengan memberi penjelasan terhadap sebarang serangan yang ditujukan kepada Umno-BN, katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES