Malaysia Dateline

Pemukiman PH bincang isu rakyat, kata Saifuddin

Pemukiman oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan sejurus selepas mesyuarat Majlis Presiden, bertujuan mengatur langkah dan strategi yang seiring dengan nadi rakyat.

Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam pemukiman di Cyberjaya itu semalam, kepimpinan PH membincangkan hala tuju sebagai kerajaan, menyemak, bertindak dan memberi respon terhadap isu-isu yang dekat dengan hati rakyat.

Beliau berkata pemukiman sehari itu dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi PH.

“Sesi pemukiman sehari itu dihadiri pimpinan Majlis Presiden termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Kabinet Persekutuan dan timbalan menteri serta Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Pengerusi Pakatan Harapan (Dr Mahathir) bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi telah mengadakan ‘retreat’ sehari di Cyberjaya, semalam (Sabtu).

“Sesi pemukiman atau retreat pimpinan Pakatan Harapan diadakan sejurus selepas mesyuarat Majlis Presiden untuk mengatur langkah dan strategi yang seiring dengan nadi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan,semalam.