Penaja tarik diri saat akhir, Karl Shafek dedah terpaksa tanggung hutang hampir RM500k

Oleh MAISARAH AISYA

Ada berniaga mestilah ada untung dan rugi tapi kalau kerugian datang daripada phak lain siapa sahaja tidak marah tambah kita pula terpaksa menanggung hutang.

Biasanya setiap jenama yang membuat pertunjukan fesyen akan menerima penaja untuk mengurangkan beban mereka.

Namun buat pengacara Karl Shafek, dia pula terpaksa menanggung kerugian selepas penaja membuat keputusan menarik diri pada saat akhir.

Menurut Gempak, Shafek memaklumkan dia terpaksa membayar hampir RM500k untuk segala kos dan hutang pembekal secara ansuran.

“Saya sebenarnya tidak mahu menanjangkan isu tersebut, tetapi hutang yang saya terpaksa tanggung jumlahnya sangat besar.

“Kejadian ini berlaku ketika jenama pakaian saya Neonate mengadakan satu pertunjukkan fesyen tahun lalu tapi lepas habis acara, penaja maklumkan nak tarik diri.

“Kos sudah dihabiskan sebanyak RM500,000, jadi itulah yang menjadikan saya hutang dengan supplier (pembekal).

“Sekarang alhamdulillah sudah separuh daripada jumlah tersebut saya berjaya lunaskan,” ujarnya seperti dipetik Gempak.

Khilaf, tak buat surat perjanjian

DIsebabkan sikap percaya sesama kaum, membuat Shafek tidak membuat sebarang perjanjian bertulis dan menjadikan itu sebagai pengajaran buatnya.

“Kesilapan pihak saya juga disebabkan kami tiada satu hitam putih yang bersama pihak penaja itu.

Pengakuan sumpah itu tidak ada, kononnya kami percaya dengan mereka sebab perniagaan Melayu dengan Melayu,” tambahnya.

Pada masa sama Shafek mengakui tertekan apabila acara tersebut memerlukan ramai orang untuk kelancaran majlis.

“Ketika itu saya sangat stress dan hilang punca tak tahu nak buat apa. Sebab acara itu melibatkan ramai tenaga kerja.

“Saya perlu bayar krew, model 80 orang, lampu LED yang jumlahnya RM150,000 dan lain-lain.

“Saya belajar banyak benda susulan kejadian itu. Tolonglah selepas ini buat satu sistem yang tersusun yang ada hitam putih untuk elak ditipu,” ujarnya.

Baca juga: Bawa anak pergi pasar malam, netizen puji penyanyi nombor 1 negara ‘humble’