Live Sungai Besar: Pemimpin utama Pakatan Harapan turun bantu Amanah

Live Sungai Besar: Pemimpin utama Pakatan Harapan turun bantu Amanah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kumpulan Awan diceriakan dengan kehadiran Presiden PKR

Calon Pas Dr Abdul Rani Osman

9.30 pagi – Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman tiba di pusat penamaan calon

Tiba di pusat penamaan calon

Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketuai perarakan

8.45 pagi – Kumpulan perarakan penyokong Pakatan Harapan tiba di lokasi pusat penamaan calo di Jalan Dewan. Calon Ustaz Azhar Ab Shukur yang berbaju Melayu lengkap bersama pengiring kemudiannya dilihat memasuki perkarangan dewan Seri Bernam sementara itu kumpulan penyokong menyanyi lagu Negaraku diikuti sorakan ‘hidp pakatan harapan’, ‘hidup Amanah’, ‘lawan tetap lawan’ 

Timbalan PM Datuk Seri Dr Zahid Hamidi iringi calon BN

8.00pg – seawal jam 7 pagi pemimpin dan penyokong BN hadir berkumpul di Dataran Tengkorak.

Di sungai besar sahaja jentera BN sjumlah 5,000 orang turun memberikan sokongan kepada calon BN Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

Kelihatan hadir pada masa ini Tengku Adnan Tengku Mansor, Tan Sri Musa Aman, Datuk Noraini Ahmad . Datuk Zein Isma Ismail.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba pada jam 8.10 pagi ini diiringi Presiden MCa Datuk Seri Leo Tong Lai Presiden MCA Senator Chong Sing Woon Ketua Pemuda MCA(tim.men. pelajaran) , Datuk Chuah Tee Yong Naib Presiden MCA ( Tm.menteri kewangan.) .Keseluruhan jentera MCA hadir pagi ini sejumlah 2,000 orang.

Calon Amanah berkumpul di hadapan pejabat Amanah kawasan diketuai Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

Hari penamaan calon PRK Parlimen Sungai Besar pagi ini menyaksikan muafakat antara parti komponen Pakatan Harapan.

Bermula jam 8 pagi tadi, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat berjalan beriringan dengan DAP, Lim Kit Siang di depan Pejabat Amanah Sungai Besar diikuti Wan Azizah bersama kumpulan penyokong PKR.

Turut menyertai perarakan Naib Penasihat Amanah, Ustaz Ghani Shamsuddin; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir dan Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham.

Perarakan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang bermula kira-kira jam 8.15 pagi diiringi dengan sorakan ‘Hidup Rakyat’, ‘Hidup Pakatan Harapan’, ‘Hidup Amanah’, ‘Lawan Tetap Lawan’ dan ‘Reformasi’ selain selawat ke atas Nabi Muhammad.

Cuaca cerah pagi ini menyaksikan kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Harapan berarak tenang menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam.

 

TAGS