Penamaan calon Permatang Pauh berjalan lancar

Calon PH Permatang Pauh sebelum berarak ke pusat penamaan calon di IKBN, Bukit Mertajam.

Proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berjalan lancar awal pagi tadi dengan perarakan lebih dari 300 penyokong Pas mendahului perarakan masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Berapit, Bukit Mertajam.

Perarakan yang diselang seli dengan salawat dan laungan berkali-kali mengiringi keempat-empat calon Pas iaitu Afnan Taib Azamudeen, Ahmad Rafie Rashid, Muhammad Fauzi Yusof dan Fawwaz Mohd Jan melalui jalan yang sama dari Mengkuang Semarak menghala ke IKBN.

Tidak lama selepas itu Barisan Nasional (BN) berarak dengan disertai lebih 500 penyokong bersama-sama mengiringi calon merek yang diketuai oleh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Abu Bakar Sidekh Zainil Abidin, Anuar Faisal Yahaya dan Suhaimi Sabudin.

Manakala calon Pakatan Harapan (PH) yang tiba dengan diiringi hampir 1,000 penyokong mengiringi Nurul Izzah Anwar, Dr Afif Bahardin, Norlela Ariffin dan Muhammad Faiz Fadzil.

Suasana tegang dihadapan laluan masuk ke IKBN.

Laungan reformasi berkali-kali dan disambut dengan salawat beramai-ramai ketika mendekati kawasan penyokong Pas menggamat suasana.

Walau bagaimanapun suasana tegang kelihatan apabila penyokong PH membantah penyokong BN yang dilihat dengan mudah melalui kawasan sekatan masuk ke IKBN.

Pihak keselamatan terpaksa meletakkan rawat duri untuk seketika bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

CATEGORIES