Penamaan calon : Sungai Besar bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru

Penamaan calon :  Sungai Besar bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru

Tiga calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi P93 Sungai Besar dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N03Sungai Panjang dan N04Sekincan  akan berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Pas.

Hari  ini calon dan penyokong parti berkumpul di Pejabat AMANAH Kawasan Sungai Besar  untuk hari penamaan calon yang diadakan di seluruh negeri  hari ini, sebagaimana dijadualkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon yang mewakili Parlimen Sungai Besar  Muslimin Yahaya  hadir bersama pencadangnya Hasnizam Adnan Ketua Bahagian Bersatu Sungai Besar dan Penyokongnya Mohd Ashraf Basri Ketua Pemuda Bersatu Sungai Besar tepat jam 7.45 pagi tadi.

Naib Pengerusi AMANAH Selangor Mariam Abdul Rashid bersama  pencadang Hashim (Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Sungai Besar)
dan penyokong Salmiah (Ketua Wanita AMANAH Kawasan SungaiBesar).

Penyandang dua penggal Ng Suee Lin bersama pencadangnya Setiusaha DAP Bahagian Sungai Besar Gan Kian Yong dan penyokong Chia Yew Leong Bendahari Sekinchan.

Masa penyerahan kertas penamaan calon dibuka  dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi telah berakhir diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya Khairuddin Maksom.

Semua calon- calon dari Pakatan Harapan, BN dan Pas  sudah berada di pusat penamaan calon di Dewan Sri Bernam,  Sungai Besar seawal 8.45 pagi.

Gandingan calon BN di Parlimen dan Dun dari kiri  Lee Yee Yuan Budiman Mohd Zuhdi dan  Mohd Imran Tamrin.,

BN menampilkaan penyandangnya pada PRU13 lalu  Datuk Budiman Mohd Zuhdi di kerusi Sungai Besar. Beliau hadir bersama pencadangnya  Datuk Masloro (Ketua Umno Parit Lapan) dan penyokong  Tim Ah Huat  Timbalan  MCA Sungai Besar.

Bagi kerusi  Sungai Panjang BN menampilkan calonnya  Datuk Imran Tamrin dan bagi kerusi  Sekinchan BN mencalonkan  Lee  Yee Yuan.

Bagi kerusi Sungai Panjang Pas mencalonkan  Ketua Urusan Ulamak Pas  Mohd  Razali Saari dengan pencadangnya Mohd Safuan Ismail ( Penolong Setiausaha Pas Kawasan Sungai Besar) dan Penyokong Mohd Maksom Ramli selaku AJK Pas Kawasan Sungai Besar.

Bagi kerusi Sekinchan Pas menambilkan calonnya  YDP Pas Kawasan Sungai Besar Mohd Fadzin Taslimin  dengan pencadangnya  Dr Osman Sabran Naib  YDP Kawasan  Sungai Besar dan  Penyokong Samudin Abdullah AJK Kawasan Sungai Besar.

Penamaan calon pagi ini dapat dilihat hanya kehadiran ramai penyokong PH dan BN  yang datang dari arah bertentangan manakala  penyokong Pas yang berada di bahagian tepi dewan  turut memberikan sokongan kepada calon parti masing-masing.

Sungai Besar  bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PH, BN dan Pas pada PRU14 bagi kerusi Parlimen dan Dun.

 

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote