Penamatan kakitangan kontrak: Senator Umno seru PM timbang semula

Sebahagian kakitangan ICU ditamatkan kontrak mereka tidak dapat menahan kesedihan ketika sedang mendengar taklimat berkaitan pertukaran dasar oleh kerajaan Pakatan Harapan.- Foto pengguna facebook.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan agar menimbangkan semula dan memikirkan kaedah yang terbaik untuk membela nasib 17,000 kakitangan kerajaan berstatus kontrak yang telah dan akan di berhentikan kerja.

Senator Datuk Shahanim Mohd Yusuff berkata, atas konsep demokrasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menghukum kakitangan berstatus kontrak yang selama ini menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

“Kasihanilah mereka terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. Suka atau tidak mereka turut berperanan dan menyumbangkan kudrat dan tenaga terhadap sektor awam.

Datuk Shahanim Mohd Yusof

“Adalah tidak wajar mereka ini terus diberhentikan kerja di saat umat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dan tidak lama lagi bakal menyambut Aidilfitri yang mulia. Apalah nasib keluarga dan anak-anak mereka kelak?” ujarnya dalam kenyataan.

Shahanim yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petaniberkata, Umno menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum yang lepas dengan hati yang terbuka kerana itu adalah kehendak dan keputusan rakyat.

Justeru beliau melahirkan rasa simpati, apabila membaca luahan demi luahan yang di suarakan oleh golongan pekerja yang diberhentikan di laman-laman media sosial.

“Mereka seperti kehilangan arah dan benar-benar tertekan dengan keputusan tersebut yang dibuat secara mendadak.

“Masakan tidak, ada di kalangan mereka yang telah dan bakal menjadi penganggur dengan sekelip mata kerana tiada punca pendapatan lain setiap bulan.

“Paling menyedihkan bagaimanakah mereka ingin membayar bil, membeli keperluan dan makanan untuk menampung hidup?

“Kepada Tun Mahathir, kami para pemimpin Umno telah dihukum, kami terima dengan seredhanya.

“Namun janganlah dibiarkan rakyat yang tidak berdosa ini turut menjadi mangsa serta menanggung beban yang sama,” katanya.

Pada 16 Mei lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bagiKontrak perkhidmatan penjawat kerajaan yang diambil melalui lantikan politik terpaksa ditamatkan.

Ini kerana ramai antara mereka merupakan anggota yang dilantik pimpinan kerajaan sebelum ini dan merupakan satu pembaziran.

4.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 1.0
CATEGORIES
TAGS