Penambahan peruntukan belanjawan hampir semua sektor, bukti kedudukan kewangan kukuh

Penambahan peruntukan belanjawan hampir semua sektor, bukti kedudukan kewangan kukuh

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penambahan peruntukan Belanjawan 2020 yang diberikan hampir kepada semua sektor menunjukkan kedudukan kewangan negara kukuh.

“Tak payah guna ‘Non performing loan’

“Saya berpendapat menteri kewangan telah menyediakan belanjawan yang mencerminkan kekukuhan pentadbiran negara.

“Semuanya sudah dibaca dan didengar belanjawan pada tahun 2020 dan saya tidak perlu terangkan lagi tetapi kalau ada soalan kita akan cuba jawab,” ujarnya dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi ini berkata, dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.7% beliau berpendapat pada tahun 2020 unjurannya akan meningkat kepada 4.8 peratus.

“Ini bermakna susulan pemerintahan masih berjalan dengan baik. Walaupun kita terpaksa membersihkan kerajaan tetapi tidak bermakna kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik.

“Ramai berpendapat kerajaan tidak berpengalaman dan tidak mungkin tadbir negara dengan baik,” ujarnya.

Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng selama lebih dua jam hari ini bertemakan: Memacu pertumbuhan dan Keberhasilam saksama ke arah Kemakmuaran Bersama” adalah belanjawan kedua bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Turut hadir dalam sidang media Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.