Malaysia Dateline

Penampilan pertama Proton X70

Model SUV pertama Proton, X70 dipamerkan buat julung kali di Kuala Lumpur International Motor Show 2018, di Mitec, KL hari ini.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat kualiti dan rekaan model terbaharu itu yang ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red

Ia turut didatangi dengan empat pilihan model berbeza iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD

SUV ini dilengkapi pelbagai sistem yang pastinya memberikan keseronokan dalam pemanduan

Antaranya ialah Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayan Adaptif (ACC), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS)

Proton X70 juga memperoleh pengiktirafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan ASEAN NCAP

Selain diklasifikasikan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh JPJ

Model Proton X70 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Disember ini

Serentak dengan pengumuman harga terhadap kesemua varian

— BERNAMA