Melayari media sosial antaranya Facebook membuatkan mata tidak boleh terlepas daripada melihat donut ‘red velvet’ yang menyelerakan dikongsi oleh warga net.
Rupanya donut bewarna merah menyala kini menjadi kegilaan wargamaya terutama kaum mak-mak, mereka bukan sahaja berkongsi resepi bahkan turut sama mempersembahkan bakat dan rahsia buat donut.
Dalam banyak-banyak video atau cara menyediakan doh donut viral ini ada satu resepi yang agak berbeza daripada resepi lain.
Salah seorang warga TiTok @syiezee telah meletakkan beberapa titis air ‘rahsia’ bagi mengekalkan warna merah sekaligus membangkitkan rasa ‘red velvet’ pada donut itu.
Menurut wanita itu, dengan memasukkan sedikit titisan jus lemon akan membuatkan donut kekal merah dan wujud ‘red velvet’ itu.
Katanya donut red velvet ini adalah resepi turun temurun yang sudah dibuat sejak tiga tahun lalu bahkan telah mendapat permintaan ramai.
“Ada yang cakap letak warna merah dah jadi pun donut red velvet, ada yang cakap bukan pewarna sahaja tapi ada sesuatu dalam resepi.
“Tak pe, tak pe korang jangan kecoh, kita percaya pada rezeki masing-masing. Ini aku bagi resepi yang dah buat tiga tahun yang lalu.
“Dulu aku banyak buang tepung sebab aku kaji macam mana nakkan rasa red velvet di kek boleh dapat pada donut, puas aku mencuba pelbagai dugaan sebab masa uli warna dah cantik tapi bila goreng tak nampak warna red velvet.
“Apatah lagi rasa red velvet itu tak ada, hanya rasa donut sahaja, segala usaha dan pembaziran dah selesai,” kata suri rumah yang berkongsi langkah-langkah menyediakan adunan donut sambil meletakkan perahan buah lemon.
Sebenarnya cara penyediaan donut bergantung kepada resepi dan cara adunan masing-masing kerana selera semuanya tidak sama. Yang penting kepuasan itu ada apabila ianya daripada air tangan sendiri.