Malaysia Dateline

Penarikan balik rencana “Saman Agong satu tragedi negara!”

Malaysia Dateline telah dimaklumkan bahawa dakwaan seorang penulis bernama ‘Rayusa’ dalam tulisan yang disiarkan oleh Malaysia Dateline bertajuk “Saman Agong satu tragedi negara!” adalah tidak tepat.

Dalam tulisan itu Rayusa mendakwa, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar yang menyaman Yang Dipertuan Agong selepas baginda menolak permohonan perintah darurat dari Perdana Menteri adalah “Difahamkan bahawa Syed Iskandar ialah ‘orang’ Muhyiddin sendiri”.

Memandangkan penafian dibuat oleh Bersatu melalui laporan polis mereka, Malaysia Dateline dengan ini menarik balik tulisan tersebut dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan itu.

EDITOR
Malaysia Dateline.