Malaysia Dateline

Penarikan berita dan memohon maaf

Malaysia Dateline kesal dengan laporan bertajuk “Walau PKP, menteri buat majlis hari lahir dihadiri 100 pelajar tahfiz” dan “Sekali lagi menteri bergelar ‘Tan Sri’ didakwa menikah di selatan Thailand.”

Kami telah tersalah petik ucapan hari lahir Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan 10 gambar yang disertakan dalam hantaran beliau di Facebook.

Pihak kami menyangka kesemua gambar yang disertakan itu berkaitan dengan majlis sambutan hari lahir beliau di maahad tahfiz berkenaan.

Ada juga yang salah faham dengan berita dakwaan kononnya Tan Sri Annuar Musa didakwa berkahwin dengan penyanyi Nora kerana disertakan gambar kedua-dua mereka padahal ia hanya gambar dakwaan kicauan dari pemilik Twitter yang sama sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, Malaysia Dateline mengambil maklum teguran yang diberi berkenaan dengan kesilapan tersebut yang tidak disengajakan.

Kami juga telah menarik balik kedua-dua laporan berita berkenaan dengan serta-merta dan dengan ini secara tulus ikhlas memohon maaf kepada pihak Tan Sri Annuar Musa.

SIDANG EDITOR
MALAYSIA DATELINE