Pastinya banyak wanita yang bertungkus lumus bekerja siang malam untuk memastikan diri mampu membeli perkara yang dihajati.
Begitu juga dengan pelakon Datin Intan Najuwa yang tak pernah berehat daripada mengambil tawaran untuk berlakon sebelum bergelar isteri.
Menerusi InstaStory, pelakon tersebut memaklumkan rutin hidupnya lebih santai selepas bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman malah dia juga berehat sebentar daripada dunia seni.
“Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif.
“Tiada drama baharu sebab suami manjakan saya dan minta berehat di rumah buat masa ini,” ujarnya dalam InstaStory baru-baru ini.
Luang lebih masa dengan suami
Tambah Intan Najuwa lagi, suaminya meminta untuk dia kekal di rumah agar dapat meluangkan lebih masa bersama di rumah.
“Malangnya, saya tidak akan membuat sebarang penggambaran tahun ini kerana suami meminta saya untuk berehat sekejap.
“Suami sangat memanjakan saya san meminta berehat di rumah sahaja. Nampaknya dia seronok bersama sepanjang masa,” tambahnya.
Pada masa sama, Intan Najuwa turut menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang dijalankannya termasuk produk penjagaan rambut.
“Buat masa ini, saya menumpukan perhatian pada perniagaan dan perkahwinan saya.
“Saya bekerja tanpa henti ketika masih bujang, kini bersyukur akhirnya berpeluang untuk berehat serta menghargai setiap saat bersama suami dan keluarga,” katanya.
Baca juga: Baru tahu heroin drama ‘Aku Bukan Ustazah’ rupa-rupanya anak Datin Noniswara, patutlah sama lembut