Penat jadi tentera, pemuda nekad balik kampung ternak ayam

Oleh MAISARAH AISYA

Tatkala orang muda berpusu-pusu ke bandar untuk mencari rezeki, rupanya ada juga yang pulang kembali ke kampung halaman.

Walaupun gaji lebih besar ditawarkan di bandar namun suasana tenang di kampung punca ramai kembali pulang.

Tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di bandar, tinggi tangga gaji maka bertambah tanggungjawab dan bebanan kerja.

Pasangan muda dari Taiwan ini membuat keputusan untuk membawa anak mereka berusia 6 dan 4 tahun berhijrah ke perkampungan di Taitung, Taiwan.

Menurut OhInfoKini, Fang Liyan dan Gu Yuling menternak dan mengeluarkan lebih sejuta ekor ayam setahun.

Jika dibandingkan, menternak ayam dalam sangkar tertutup lebih senang jika dibandingkan dengan menternak dalam kawasan terbuka.

Terdapat 30 ladang ayam di lereng bukit di Taitung, malah pengeluaran tahunan melebihi satu juta ayam.

Jangan terkejut, ayam ini juga dibekalkan kepada Ding Taifeng, Carrefour dan perusahaan lain.

Liyan bukan sahaja mengambil alih perniagaan keluarga, dia juga mengajak anak muda untuk membantu bina ladang ayam bersama.

Pemuda itu sendiri tidak menyangka akan mengikut jejak langkah mendiang bapanya, apatah lagi selepas berhenti menjadi tentera.

Isterinya turut membantu dalam menguruskan ladang ayam, Liyan pada masa sama berterima kasih kerana Yuling selesa hidup dengannya.

Ini membuktikan tempat bukanlah perkara utama dalam mencari rezeki, semuanya bergantung atas usaha anda sendiri.

Baca juga: “Jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri, aku saman nanti!”, A.Aida sindir Amelia ke?