Penat nak hadap singki asyik tersumbat? Ikut tip tukang paip ini, ‘gerenti’ tak sumbat dah!

Oleh MAISARAH AISYA

Singki antara benda paling penting di bahagian dapur, nak masak, basuh pinggan atau buang sisa makanan semuaya akan tertumpu ke bahagian ini.

Tapi kalau singki tersumbat maka pelbagai masalah akan muncul, bila sudah teruk maka nak baiki ia dah jadi tak senang.

Kebiasaan masalah utama yang membuatkan singki tersumbat adalah sisa makanan atau gris yang memasuki sistem pembuangan.

Singki perlu dibersihkan secara kerap untuk mengelakkan penyumbatan yang memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan tambahan.

Malah, sebagai langkah berjaga-jaga agar aliran singki kekal lancar, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Encik Kom Hameed di Facebook.

Tip elak singki tersumbat

Menurut pengguna Facebook yang berkongsi di halaman ‘Tukang Apa Hari Ini’, ini adalah tip yang diperoleh daripada tukang paip.

“Ada seorang tukang paip ini pernah bagi tips menjaga singki untuk elak tersumbat.”

  1. Tutup lubang singki dan tadah air dalam singki semaksimum mungkin.
  2. Bila sudah penuh, lepaskan serentak.
  3. Buat sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  4. Memang jadi! Singki susah nak tersumbat!

Daya tolakan air yang kuat ini akan flush semua kotoran dalam saluran dan tak ada kesan kat singki berbanding pakai asid atau soda bikarbonat.

Tambahnya ini adalah tip maintenance supaya tak tersumbat, kalau dah tersumbat kena selesaikan dulu kalau tak banjir.

Ada juga warganet yang mencadangkan air panas namun bimbang paip mereka tak bertahan dan akan ‘leaking’.

Jadi lebih baik jika asingkan sisa makanan dan basuh pinggan mangkuk berminyak dengan air suam terlebih dahulu.

Baca juga: BMW dari Singapura kantoi isi RON95, tindakan pekerja pam minyak ini buat ramai puas hati