Malaysia Dateline

Penat pujuk adik balik rumah, abang menangis sebab ‘stress’ lepas disoal ayah

Sejak kecil lagi sudah belajar tanggungjawab sebagai abang, budak lelaki ini dipuji warganet kerana sabar menunggu adik untuk pulang bersama ke rumah walaupun lambat.

Satu video dimuat naik pemilik akaun TikTok @shukri1902, menunjukkan dua beradik yang disoal ayahnya kerana pulang lambat ke rumah.

Riak wajah si abang sudah mula menunjukkan kesedihan manakala si adik hanya mampu tersengih ketika disoal ayah mereka.

“Orang nak balik, orang ajak Fatimah tapi Fatimah asyik nak main je, susah betul nak jaga dia ni,” luah si abang dengan air mata sudah bergenang.

Namun bila si ayah menyoal si adik alasan diberikan hanyalah kerana dia mahu meneruskan untuk bermain sambil tersenyum.

@shukri1902

Membalas kepada @Orked Ali995 Yang ori lebih stress 😂

♬ bunyi asal – Ahmad Shukri Kamarudin – Ahmad Shukri Kamarudin

Warganet pada masa sama kesian pada si abang yang dilihat terlalu tertekan disebabkan situasi tersebut.

Stress si abang perlu dipertimbang, secara am memang dia rasa apa yang dia ekspresikan itu,” komen pengguna akaun TikTok @KakAme.

“Fatimah, abang kau punya stress tapi kau buat selamba je. Menangis si abang tu,”, komen pengguna lain.

“Nampak betul-betul penat abangnya. Kesian sampai teresak menangis. Tapi yang bagusnya, dari kecil lagi dah bertanggungjawab,” komen @menanaa

Baca juga: Wanita rugi RM38,200 selepas dijanjikan komisen untuk ulasan di Google Maps