Malaysia Dateline

Pencalonan Jawatankuasa Wanita AMANAH Nasional selesai diterima

Konvensyen Wanita Amanah Nasional (AWAN) akan menyaksikan keseluruhan 27 Jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan AWAN Nasional, akan bermesyuarat untuk memutuskan pemegang jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib-Naib dan Setiausaha.

Dr Zulqarnain Luqman

Jawatankuasa Pemilihan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan hari ini selesai menerima senarai penuh pencalonan bagi Jawatankuasa AWAN yang bakal berlangsung pada 30 November dan 1 Disember ini.

Pengerusinya, Dr Zulqarnain Luqman, berkata,sebanyak 11 pencalonan nama telah diterima bagi jawatan Speaker di mana dari bilangan tersebut, hanya enam calon sahaja yang layak bertanding.

Namun begitu, hanya seorang sahaja calon yang menerima pencalonan sementara lima orang lagi menolak.

“Sementara itu, jawatan Timbalan Speaker pula menerima sebanyak sembilan pencalonan. Walaupun lima nama layak bertanding bagi jawatan ini tetapi hanya seorang sahaja yang menerima pencalonan manakala lima nama lagi menolak untuk bertanding.

“Dua jawatan Juruaudit menyaksikan sebanyak 13 pencalonan telah dikemukakan. Namun begitu, selepas tapisan dibuat, hanya lima nama sahaja yang layak bertanding.

“Selepas borang jawapan diberikan kepada calon yang layak, hanya dua orang sahaja yang menerima pencalonan, dua orang telah menolak dan seorang tidak memberikan jawapan,”katanya.

Sementara itu, Zulqarnain memaklumkan, bagi 27 jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan AWAN Nasional, sebanyak 109 pencalonan telah diterima, di mana hanya 71 nama sahaja yang layak bertanding.

Daripada jumlah yang layak bertanding itu, sebanyak 45 calon sahaja yang menerima pencalonan manakala 25 calon menolak dan seorang tidak memberikan jawapan.

Senarai calon untuk jawatan-jawatan dalam pemilihan Jawatankuasa AWAN Nasional bagi sesi 2019-2022 adalah seperti berikut:

Speaker
Kamaliah Bt Noordin

Timbalan Speaker
Zarina Binti Dzulkupli

Juruaudit
Norhasna Binti Hassan
Norlia Binti Salleh

Jawatankuasa Pimpinan AWAN
1. Aida Yusof Rawa
2. Anfaal Saari
3. Anis Afida Binti Mohd Azli
4. Aniss Zuryanee Bt Mahadi
5. Atriza Umar
6. Azura Talib @ Rose Merah
7. Che Noor Arifah Bt Abu Bakar
8. Halilah Binti Hamidun
9. Hamisah Abdul Mubin
10. Mahani Binti Abdullah
11. Mai Suharah Basaruddin
12. Mariam Abdul Rashid
13. Mazli Binti Saipi
14. Nik Faizah Nik Othman (Kak Jah)
15. Noorazlinah Binti Awang
16. Nor Aliza Abdul Latif
17. Nor Hayati Binti Bachok, Yb Hajah
18. Noraini Abdul Ghani
19. Norani Binti Samsudin
20. Mbak Eda (Norashidah Jaafar)
21. Norhayati Bidin
22. Normah Binti Yusof
23. Normala Binti Mohd Nadzar
24. Norwani Binti Ahmat
25. Nur Sakinah Binti Mohd Yusoff
26. Nurliyana
27. Nurul Azwani Mohd Razali
28. Nurul Iman Dzulkefly
29. Nurul Suhadah Binti Shuib
30. Nurzaiti Binti Hamdan
31. Pushpa A/P Nagiah Vengadesan
32. Putri Nurizatulshira Buang
33. Rafiza Shahean Askolani
34. Aiman Athirah @ Raj Munni Sabu, Yb Senator Hajah
35. Rawiyiah Zakaria
36. Rosiah Binti Ibrahim
37. Rosmihayati Mohd Khairuddin
38. Hidayah @ Rozeeta Binti Ramli
39. Sabrina Md Yusoff
40. Sazana Binti Isa
41. Siti Faridah Abdul Samad
42. Siti Sarah Izham
43. Soraya Salim
44. Ustazah Wan Nor’azam
45. Zaiton Binti Latiff