Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihentikan tugas kira-kira jam 7.00 petang tadi kini kembali beroperasi semula pada jam 9.30 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Facebooknya.
Bagaimanapun, menurut LUAS siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini.
“LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 9.30 malam sebentar tadi selepas bacaan bau 0 ton direkodkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujar LUAS.
Petang tadi, LUAS telah menerima laporan daripada pihak AIR Selangor berhubung pencemaran bau seakan ‘solvent’ dengan bacaan 1 ton di muka sauk LRA Rantau Panjang pada jam 7 petang tadi.
Ekoran itu, pihak LUAS memaklumkan loji itu ditutup untuk siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.