Pencerobohan CCG kerajaan harus tetapkan pendirian diplomatik

Pencerobohan CCG kerajaan harus tetapkan pendirian diplomatik

Kerajaan digesa bertindak tegas untuk tidak membiarkan pencerobohan perairan Sawarak oleh Pengawal Pantai China (CCG) di negara ini.

terus gagal mengambil pendirian lebih tegas di dalam hal ini maka jelaslah bahawa pentadbiran Najib Razak kini tidak lagi mampu menegakkan kedaulatan negara dan hanya akan terus mengundang campur tangan negara asing.

Nik Nazmi Nik AhmadKetua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rondaan dilakukan CCG di perairan tanah air sewajarnya tidak berlaku walaupun Malaysia pernah membuat bantahan diplomatik terhadap China kerana kapal mereka yang memasuki zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

“Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.

Hal ini jelas merupakan satu cabaran ke atas kedaulatan negara kita dan Putrajaya sepatutnya mengambil pendirian lebih tegas untuk membantah kehadiran kapal-kapal negara China ini.

Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Malaysiakini menyiarkan berita yang memetik laporan luar mendedahkan pasukan CCG membuat rondaan hampir pada setiap masa di perairan dituntut Malaysia.

Laporan itu – yang mengesan pergerakan kapal berhampiran Beting Luconia antara 30 Disember tahun lalu hingga 26 Feb tahun ini – mendakwa sekurang-kurangnya tiga kapal CCG dan hanya satu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meronda kawasan itu dalam tempoh tersebut.

Nik Nazmi berkata, kehadiran mereka di perairan negara menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Ini turut serta skandal besaran seperti 1MDB, ia seakan-akan memberi peluang untuk negara asing seperti China menerobos negara ini termasuk di dalam hal politik dan ekonomi.

“Kebergantungan kepada China untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang mengalami kerugian berbillion akibat skandal besar juga telah melemahkan pendirian diplomatik negara,” ujarnya.

TAGS