Pencerobohan Lahad Datu: 13 daripada 14 tertuduh didapati bersalah

Pencerobohan Lahad Datu: 13 daripada 14 tertuduh didapati bersalah

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam mendapati 13 daripada 14 tertuduh, yang telah memberi keterangan membela diri masing-masing dalam kes pencerobohan Lahad Datu, bersalah.

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda.

Lapan yang lain ialah warganegara Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

Kawalan keselamatan ketat dibuat di sekitar Ibu Pejabat Penjara Pusat Kota Kinabalu yang dijadikan sebagai mahkamah sementara untuk kes perbicaraan tertuduh yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu.