Malaysia Dateline

Penculikan ke Thailand tumpas ejen kosmetik selamat dibawa pulang, 7 lelaki ditahan

Kes penculikan ejen kosmetik ke Thailand akhirnya tumpas apabila wanita terbabit telah selamat dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis.

Sehubungan itu, tujuh lelaki warga tempatan telah ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Dalam kenyataan lewat malam tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.

Penculikan ke Thailand tumpas ejen kosmetik selamat dibawa pulang, 7 lelaki ditahan

“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di negara itu,” katanya.

Acryl Sani berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik.

13 September lalu, media melaporkan mangsa yang berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Penculikan mangsa dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita, berusia 35 tahun hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.

Baca juga: Waris Kesultanan Sulu cuba rampas aset Malaysia- Kemuka permohonan di Mahkamah Belanda untuk sita aset Petronas

Baca juga: AirAsia Malaysia mansuh pemakaian pelitup muka dalam pesawat