Keputusan gantung jawatan Muhyiddin tidak boleh dipertikai, kata Tengku Adnan

Keputusan gantung jawatan Muhyiddin tidak boleh dipertikai, kata Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penggantungan jawatan yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan selari dengan peruntukan yang dibenarkan oleh parti itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorSetiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penggantungan jawatan yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan selari dengan peruntukan yang dibenarkan oleh parti itu.

Tengku Adnan melalui satu kenyataan dipetik sebagai berkata keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu dipersetujui secara sebulat suara demi untuk memastikan kesempurnaan perjalan parti.

“Penggantungan jawatan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat dibawah kuasa sedia ada dan lebihan (residual powers) MT di dalam Fasal 10.15. Ianya dibuat demi kesempurnaan perjalanan parti.

“Majlis Tertinggi Umno merupakan badan keputusan tertinggi di dalam ketiadaan Perhimpunan Agung Tahunan. Ini jelas di dalam Fasal 9.1 Perlembagaan Umno. Apa jua keputusan Majlis Tertinggi akan dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung bila tiba masanya” katanya memetik kenyataan tersebut.

Menurut Tengku Adnan lagi sebarang bantahan berhubung keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan di mahkamah dan hanya boleh dilakukan melalui saluran dalaman parti sahaja.

“Mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, petikaian atau keputusan parti tidak boleh dibicara di mahkamah. Manakala Seksyen 16 Akta Pertubuhan ialah berkenaan pertikaian sesama ahli atau kalangan ahli.

“Ianya tidak terangkum dalam kes penggantungan jawatan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saluran yang patut diambil adalah berbentuk dalaman parti sahaja.

Muhyiddin ketika sidang akhbar khas pagi tadi mengumumkan bakal membawa kes penggantungannya tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kerana merasakan ia dibuat secara tergopoh-gopah tanpa mengikut prosedur yang dibenarkan.

TAGS