Pendakwa bebas khas dicadang dakwa Najib kes RM2.6bilion

Pendakwa bebas khas dicadang dakwa Najib kes RM2.6bilion

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan agar Parlimen melantik seorang Pendakwa Bebas Khas (Special Special Independent Prosecutor) dari kalangan pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan meneliti kertas siasatan SPRM dan Bank Negara.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Presiden PKR Rafizi RamliParti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan agar Parlimen melantik seorang Pendakwa Bebas Khas (Special Special Independent Prosecutor) dari kalangan pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan meneliti kertas siasatan SPRM dan Bank Negara.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menjelaskan, walaupun Peguam Negara cuba menutup kes terhadap Najib tetapi terdapat dua ass yang kukuh untuk mendakwa beliau atas kaitan dengan dana dari SRC International Sdn Bhd.

Katanya, penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup kertas siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum.

“ Bukan sahaja alasan bahawa PM telah memulangkan kembali “derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas yang tidak dijawab oleh beliau.

“Berhubung pemindahan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, Peguam Negara seolah-olah lupa bahawa SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

“Sebab itu saya terus bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC International Sdn Bhd kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan,” ujarnya dala kenyataan itu.

Oleh yang demikian, alasan Perdana Menteri tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:

1. Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, adalah mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu. Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan. Jika ini keadaannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau;

2.Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC International Sdn Bhd. Dalam keadaan ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga sepatutnya didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dana awam.

“Dalam kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Perdana Menteri.

“Saya percaya atas alasan ini juga, selain dari bukti-bukti siasatan yang lebih terperinci, Pengarah Operasi Khas SPRM, Dato’ Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas (“straight forward”).

“Walau bagaimana pun, saya tidak yakin Peguam Negaravsesuai untuk mengendalikan kes-kes bersabit dakwaan terhadap Perdana Menteri memandangkan setakat ini beliau cenderong untuk menutup kes tanpa memberi penjelasan yang boleh diterima akal oleh rakyat.

“Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya satu usaha dibuat agar Parlimen melantik seorang Pendakwa Bebas Khas (“Special Independent Prosecutor”) dari kalangan pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula siasatan terhadap Perdana Menteri dan meneliti kertas siasatan SPRM dan Bank Negara setakat ini,” ujarnya.

TAGS