Malaysia Dateline

Pendakwa Raya Saudi tuntut hukuman mati kes pembunuhan Khashoggi

Pendakwa Raya Saudi menuntut hukuman mati bagi lima daripada sebelas suspek yang dituduh membunuh Jamal Khashoggi ketika perbicaraan pada hari Khamis lepas, lapor CNN.

Perbicaraan ini adalah selepas tiga bulan Jamal Khashoggi, seorang kolumnis Washington Post dan pengkritik keluarga Diraja Saudi, dibunuh di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki.

Menurut Pendakwa Raya Saudi, kerajaan Turki tidak memberi maklum balas berkaitan permohonan kerajaan Arab Saudi yang menuntut untuk mendapatkan beberapa bahan bukti yang relevan kepada kes berkenaan. Turki sebaliknya menyatakan bahawa pembunuh-pembunuh tersebut seharusnya dibicarakan di bawah undang-undang Turki.

Sebelum ini Arab Saudi menafikan pengetahuannya tentang keadaan Khashoggi. Walaubagaimanapun, setelah itu Arab Saudi mengakui tentang pembunuhan Khashoggi dan menyatakan bahawa pembunuhan tersebut dipelopori oleh beberapa individu yang bertindak diluar batasan. Individu-individu ini dikenali sebagai pihak yang rapat dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Jabatan Peguam Arab Saudi kemudiannya memaklumkan bahawa pembunuhan Khashoggi merupakan pembunuhan yang dirancang.

Arab Saudi telah menafikan bahawa kedua-dua bin Salman dan Raja Salman maklum tentang operasi yang menyasarkan untuk membunuh Khashoggi. Walaubagaimanapun, menurut pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS), pembunuhan ini yang melibatkan 15 individu dari Riyadh, tidak mungkin dapat melakukan misi ini tanpa mendapat kelulusan daripada bin Salman