Malaysia Dateline

Pendakwah Online perlukan tauliah: Pas baru tunjukkan taringnya lepas berkuasa

Cadangan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (Yadim) yang baru, Nasrudin Hassan agar pendakwah online juga perlu mendapatkan tauliah dikecam oleh para netizen.

Bagi mereka, tindakan ini adalah ciri-ciri awal Pas menunjukkan taringnya selepas mempunyai kuasa.

“Masa pegang jawatan, nampaklah taringnya,” tulis S.N.Azwir mengulas posting yang dibuat oleh Faizal Rahman di facebook beliau.

Faizal dalam postingnya menulis “Tauliah pelanggan filem porno vs Tauliah pendakwah online : Bincangkan” sambil mengepilkan berita Sinar Harian tentang kenyataan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu.

Sinar Harian melaporkan kenyataan Nasrudin, pendakwah termasuk yang aktif di media sosial agar mendapatkan tauliah agar lebih memudahkan pihak berkuasa memantau penyampaiannya.

Sebelum ini, cadangan Menteri Kemunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah agar semua pembuat dan penerbit filem termasuk di media sosial mendapatkan lesen dan permit dari Finas telah mendapat kecaman hebat dari netizen.

Ekoran itu, Saifudin telah membuat U-Turn dan menarik balik cadangan itu.

Nasrudin telah dilantik sebagai YDP Yadim yang baru pada pertengahan Julai 2020 selepas kontrak Nik Mohd Omar Nik Aziz ditamatkan kontraknya separuh jalan walaupun tempohnya masih panjang.