Pendakwah sifatkan Obama penjenayah dunia

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengundang kemarahan seorang penceramah bebas yang menyifatkannya sebagai "penjenayah dunia".

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengundang kemarahan seorang penceramah bebas yang menyifatkannya sebagai “penjenayah dunia”.

Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed berkata, kehadiran Obama ke ibu negara menyusahkan pengguna jalan raya di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya yang terkandas dalam kesesakan akbiat beberapa jalan khususnya Lebuh Raya Persekutuan ditutup.

“Kehadiran penjenayah dunia, pembunuh umat Islam Barack Obama ke KL petang Jumaat hari ini telah menyusahkan ribuan rakyat Malaysia di sekitar Shah Alam dan PJ.

“Jalan ditutup menyebabkan banyak urusan rakyat terganggu, yang nak ke KLIA tergendala dan lain-lain. Sesuatu yang amat mendukacitakan,” tulis beliau di facebooknya.

Obama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumppur di Sepang, petang tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 yang dipengerusikan Malaysia pada kali ini.

Roslan yang juga panelis Al-Kuliyyah TV3, TV Al-Hijrah, Halaqah, Tanyalah Ustaz TV9  turut berkata, Obama tidak layak mendapat penghormatan kerana beliau bersekongkol dengan  Israel melakukan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin.

“Obama tak layak mendapat penghormatan, tangannya penuh dengan darah umat Islam. Rakyat tempatan terganggu banyk urusan kerana kehadiran beliau,” katanya.

Selain menyertai Sidang Kemuncak Asean, Obama turut melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur termasuk Masjid Negara.

TAGS