Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pendedahan Lokman Adam bukti Muafakat Nasional celaru

Pendedahan Lokman Adam bukti Muafakat Nasional celaru

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 7, 2020 3:28 pm




Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam yang turut menggesa Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan jelas membuktikan bahawa Muafakat Nasional adalah celaru.\

Ketua Pemuda AMANAH Nasional Hasnul Zukarnain Abd Munaim berkata, ternyata Muafakat Nasional sejak dari awal menghadapi masalah kecelaruan identiti dan saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Jelasnya., perkara ini harus diambil sebagai petunjuk penting bahawa parti yang berada dalam Muafakat Nasional terutamanya Umno dan Pas tidak mempunyai persefahaman yang baik dan hanya memikirkan survival politik masing-masing.

“Dalam rakaman yang didedahkan juga menunjukkan Pas telah memberi isyarat bahawa kesepakatan yang dibuat bersama Umno hanyalah sandiwara politik demi meraih sokongan setelah masing-masing tewas dalam PRU ke-14 yang lalu,” ujarnya.

Ini juga, jelas beliau menunjukkan Pas sekali lagi mempamerkan wajah sebenar mereka apabila sanggup membelakangkan rakan politik dan pada kali ini Umno menjadi mangsa seterusnya.

Justeru beliau yang juga Adun Titi Serong menggesa rakyat Malaysia seharusnya membuka mata menilai sikap politik Umno dan Pas agar tidak terpedaya dengan slogan yang dilaungkan kononnya membawa agenda nasional untuk Malaysia.

“Kami Pemuda AMANAH menyeru agar Pakatan Harapan terus bergerak pada landasan yang betul bagi memastikan perubahan dan pembaharuan yang dibawa dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production