Pendedahan Shuhada mengenai Hafidz Roshdi dan Athira selama ini rupanya benar, “Allah dah tunjuk saya tak bohong”

Oleh KIM SYAZIE

Pada Februari tahun ini, Hafidz Roshdi dilaporkan menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada, selepas tular perbualan WhatsApp mereka berdua di sosial media.

Kemelut rumahtangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada kemudiannya berakhir dengan perceraian pada Julai lalu.

Aktor itu juga kemudiannya menamatkan teka teki berkenaan status sebenar Athira selepas mengumumkan pernikahan mereka semalam.

Bagaimanapun Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri menzahirkan rasa gembira apabila hajat Hafidz untuk memperisterikan wanita pilihannya tercapai.

Shuhada berkata, dia mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu sekali gus berjaya membuktikan apa yang didedahkan selama ini adalah benar.

“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini,” katanya.

Athira adalah wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon terbabit dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Malah, wanita itu juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan pelakon Melastik ke Hatimu itu sekitar Februari lalu.

Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Baca juga: “Kau nak aku jadi isteri sempurna tapi kau sendiri dah perangai macam dari neraka!”