Malaysia Dateline

Pendedahan TH perlu disiasat, bukan dibela, kata Faiz

Pemuda AMANAH menyokong keputusan kerajaan untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara bagi memulihkan kewangan institusi Islam supaya dapat mengembalikan keyakinan 9.3 juta pendeposit perlu disiasat segera.

Ketua Pemudanya Muhammad Faiz Fadzil juga berkata, , kenyataan  Ketua Pemuda Umno  Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membidas pendedahan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa secara terbuka salah tadbir yang berlaku dalam TH ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) adalah tidak wajar.

Katanya sebagai seorang pemimpin agama  Dr Asyrat  Wajdi sewajarnya bangkit mendesak pengurusan terdahulu TH untuk bertanggungjawab dan bukannya membela mereka.

“Pendedahan ini bukan bertujuan untuk menghukum sesiapa melalui media tetapi sebagai proses undang-undang yang telus dan bebas.

“Saudara Asyraf gagal memahami pentingnya pentadbiran negara berasaskan prinsip ketelusan atau “transparency”.

“Skandal ini melibatkan salah tadbir urus berskala besar dan telah disembunyikan oleh pentadbiran yang terdahulu.

“Salah tadbir urus Tabung Haji ini perlu disiasat untuk mengetahui sama ada wujud unsur jenayah kolar putih termasuk pecah amanah dan rasuah telah berlaku,” ujarnya.

Justeru katanya Pemuda AMANAH menyokong pendedahan yang dibuat oleh Dr Mujahid secara terbuka berkaitan salah tadbir yang berlaku dalam TH ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) adalah wajar dan perlu disiasat pihak berwajib.

“Semua masalah yang telah dibangkitkan berkaitan Tabung Haji baru-baru ini telah timbul ketika pemerintahan Barisan Nasional, namun tidak diselesaikan malah telah disembunyikan.

“Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Muslim Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Pendedahan ini seharusnya disiasat segera oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tanpa perlu menunggu laporan rasmi oleh mana-mana pihak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Faiz turut menyelar reaksi balas oleh Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang telah membidas Dr Mujahid atas pendedahan terbuka tersebut.

Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut mendesak Dr Asyraf Wajdi yang pernah memegang portfolio Timbalan Menteri berkaitan agama Islam untuk menjelaskan apakah inisiatif yang diambil beliau untuk memantau kestabilan kewangan TH walaupun Bank Negara telah mengeluarkan surat amaran pada Disember 2015 bahawa liabiliti Tabung Haji melebihi nilai asetnya.

“Apakah usaha pengurusan risiko atau “risk management” yang telah dicadangkan oleh saudara Asyraf kepada Tabung Haji ketika itu?,”soalnya.

Pada 10 Disember lepas, Dr Asyraf Wajdi dipetik berkata, jika kerajaan terus-menerus ‘mensensasikan’ masalah kewangan TH yang didakwa berpunca daripada penyelewengan pengurusan terdahulu, lembaga itu boleh berdepan krisis besar yang akan melumpuhkan operasinya.

Beliau menzahirkan kebimbangan tersebut kerana berpandangan Dr Mujahid Ymembuat hebahan mengenai masalah tersebut boleh menghilangkan keyakinan pendeposit.

Ini susulan kenyataan dibuat oleh Dr Mujahid yang mendedahkan lembaga tersebut mengeluarkan hibah bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 kerana dilakukan dalam keadaan Tabung Haji mempunyai nilai aset lebih rendah daripada liabiliti.