Pendekatan berhemah, mesra  AMANAH dapat sokongan

Pendekatan berhemah, mesra AMANAH dapat sokongan

Mohd Firdaus Jaafar

Pendekatan mesra dan berhemah menjadi faktor utama Parti Amanah Negara (AMANAH) mendapat sokongan yang semakin bercambah khususnya di kawasan Pendang dan negeri Kedah.

Demikian dinyatakan oleh Penyelaras Dun Tokai, Mohd Firdaus Jaafar.

Jelas beliau lagi, AMANAH tidak pernah menjadikan pendekatan yang kasar maupun hasutan bagi mendapat sokongan.

Sebaliknya, pendekatan mesra bersama-sama dengan kerjasama yang erat dalam pelbagai program menemui masyarakat sehingga ke akar umbi berjaya menambat hari mereka.

“AMANAH mampu menambahkan lagi cawangan sehingga mencecah 100 cawangan bagi¬† daerah ini menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

“Sehingga ini AMANAH kawasan Pendang telah pun mempunyai sebanyak 30 cawangan dalam tempoh yang singkat.

“Dengan pertambahan cawangan, ia dapat mengakses pelbagai maklumat kerajaan Pakatan Harapan sehingga ke akar umbi dan pedalaman, ” tegasnya yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai.

Malah ujarnya, AMANAH semakin diterima di Pendang kerana masyarakat Islam dan bukan Islam sudah kenal perjuangan yang dibawa oleh AMANAH.

“Setakat ini setiap minggu AMANAH dapat mendaftar 4 cawangan sebagai cawangan penaja.

“Cara dan pendekatan yang dibawa oleh AMANAH terbukti telah mampu menarik ramai golongan muda menyertai parti ini sejak kebelakangan ini.

“Oleh kerana itu saya optimis stail kepimpinan serta kepedulian yang dilaksanakan oleh pimpinan AMANAH maupun kerajaan Pakatan Harapan negeri Kedah mampu melonjakkan lagi sokongan sedia ada, ” tambahnya lagi.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES