Pendekatan Pas berbaik dengan Umno gagal, kata Khalid

Pendekatan Pas berbaik dengan Umno gagal, kata Khalid

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menyifatkan pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Umno bagi tujuan mendapatkan undi dari pengundi parti itu dilihat gagal.

Memetik sumber Sinar Harian, ujarnya strategi Pas itu hanya memberi kelebihan buat BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar berikutan undi orang Melayu dari Umno tidak berpihak kepada mereka.

Malah dakwanya lagi, kempen Pas pada PRK berkenaan yang bertindak menyerang Amanah dan DAP berjaya melindungi kesilapan Umno seolah-olah parti itu bukan punca masalah yang dihadapi negara ini.

“Oleh kerana masyarakat diberi gambaran Umno itu baik dan DAP itu punca kepada krisis, maka pengundi tidak berganjak dan tetap beri undi kepada Umno,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai pencapaian Amanah pada PRK kali ini adalah berkaitan kekangan yang dihadapi pihaknya adalah usaha memecahkan undi orang Melayu yang menyokong Umno

COMMENTS

Wordpress (0)