Pendekatan secara penglibatan bersama selesaikan isu LGBT, kata Mujahid

Pendekatan secara penglibatan bersama selesaikan isu LGBT, kata Mujahid

 

Pendekatan secara penglibatanbersama untuk berbincang tentang isu transgender  pasti boleh membawa jalan penyelesaian kata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan kerja-kerja dakwah secara penglibatan ini sejak lapan tahun lalu sehingga kini terutamanya dalam isu transgender.

Jelasnya, semasa sidang media jumaat yang lepas, semasa menjawab pertanyaan wartawan tentang isu kegunaan tandas awam oleh golongan ini, ianya hanyalah respon spontan dan tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita.

“Berdasarkan kajian Jakim dan juga ilmiah oleh Dr Izwan Yusof, Teh Yik Koon dan Professor Madya Dr Rafidah Hanim, saya telah menyimpulkan kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, serta adat dan budaya merupakan antara faktor mendorong mereka untuk menjadi pekerja seks, ”

“Kita tidak boleh nafikan hak mereka sama seperti masyarakat lain,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, keperluan untuk mendekati dan memahami golongan transgender ini adalah supaya dapat menjinakkan diri mereka dengan ilmu agama dan bertaubat daripada perlakuan yang dilaknati oleh Rasulullah saw serta ianya juga merupakan suatu tuntutan dakwah.

“Berdasarkan kajian oleh pihak Jakim juga, komuniti LGBT Muslim di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori dan kategori yang perlu diberi penekanan serta bimbingan ialah golongan yang mahu berubah atau berhijrah serta yang mengakui bahawa perlakuan mereka menyalahi agama.

“Namun bagi kategori yang ketiga yang menganggap perlakuan mereka disebabkan naluri semula jadi dan tidak rasa bersalah harus diberi penekanan dan digerakkan dialog berterusan untuk sama-sama saling memahami agar mereka tidak terus terpesong.”

Katanya, tugas menghukum, bukan tugas kita, Allah sahaja yang berhak untuk menilai seseorang hambaNya.

“Kita perlu menyelamatkan, bukan hanya cekap dan pantas dalam mencaci, melaknat dan menyisihkan kerana ruang taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke hujungnya,” ujarnya.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS