Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pendengaran lucut harta BN Bahagian Johor Bahru 19 Feb

Pendengaran lucut harta BN Bahagian Johor Bahru 19 Feb

Oleh BERNAMAFebruary 5, 2020 4:21 pm




Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Feb ini bagi mendengar permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM677,872.55 yang disita daripada Barisan Nasional (BN) Bahagian Johor Bahru.

Wang itu yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu ketika pendengaran kes berkenaan yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali dan peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros dan Syahrul Syazwan Salehin mewakili BN Bahagian Johor Bahru.

Ahmad Shahrir juga memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan hujahan pada 10 Feb manakala 14 Feb untuk pihak peguam memfailkan hujahan balas.

Pada 27 Sept tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pendakwaan untuk memasukkan nama pemegang jawatan BN Bahagian Johor Bahru dalam notis melucut hak harta cawangan parti politik itu berjumlah RM677,872.55.

Sebelum ini, dalam satu sidang akhbar, Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) dan suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Baik buruk melengkung gred dalam peperiksaan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production