Pendidikan Agama bakal diiktiraf ke IPT

Pendidikan Agama bakal diiktiraf ke IPT

Sempena sambutan 100 tahun pendidikan Islam di Johor, cadangan bagi penambah baikkan sekolah agama Islam di Johor telah dicetuskan.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan, perkara tersebut telah diperjelaskan bagi mengambil berat soal pendidikan Islam di Johor.

Sebelum ini, pendidikan Islam di negeri Johor ini dilihat sebagai suatu yang tidak mendatangkan apa-apa kepentingan dan tidak ada masa depan.

Namun perkara itu telah disangkal oleh beliau kerana perancangan untuk pembangunan masa depan pendidikan Islam di negeri Johor ini akan dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih baik.

“Sebelum ini sekolah agama di Johor hanya mengajar sehingga ke darjah khas sahaja. Kerangka yang akan dibuat adalah membangunkan pendidikan tersebut ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Kita mahu sijil sekolah agama juga turut diiktiraf ke peringkat yang lebih tinggi yakni IPT. Dari situ kita memberi galakkan yang terbaik kepada murid di sekolah agama berkenaan.

“Selain itu kita akan menambahkan tempoh tahun pembelajaraan yang sebelum ini hanya sampai ke darjah khas ke suatu tempoh seperti sekolah kebangsaan dan menengah,” jelas beliau.

Sebelum ini, sekolah agama di negeri ini menjadi suatu perkara yang kurang mendapat sambutan apabila kebanyakkan masyarakat melihat kelayakkan sekolah tersebut tidak mampu mendorong murid untuk ke peringkat seterusnya.

Namun dalam menjawab persoalan berkenaan penindihan masa yang berlaku di antara sekolah kebangsaan dan agama, Aminolhuda menjawab perkara itu akan disusun tanpa mengganggu proses sekolah kebangsaan dan menengah.

“Sebelum ini murid hanya ada tempoh tahunan selama tujuh tahun (darjah 1 hingga darjah khas) untuk belajar di sekolah agama tapi cadangan ini adalah untuk melanjutkan lagi tempoh seperti mana murid yang bersekolah di pendidikan rendah dan menengah.

“Sekolah agama akan menghadapi tempoh yang sama seperti sekolah kebangsaan dan menengah. Silibusnya akan dipertingkatkan sehingga dapat mencapai kehendak dari pihak IPT di Malaysia.

“Kita juga telah menilai soal kepayahan murid membahagikan masa untuk menghadiri kedua sekolah (kebangsaan dan agama), maka dari itu pihak kami bercadang untuk pembelajaran sekolah agama selepas rendah akan diselaraskan dengan hanya sekali seminggu saja kelas mereka,” ujar beliau.

Aminolhuda juga berkata, soal gaji guru-guru sekolah agama akan dipertimbangkan untuk dinaikkan bagi mengimbangi proses pendidikan yang baharu ini.

“Gaji guru turut akan dinaikkan selari dengan pendidikan murid terhadap agama Islam yang akan dipertingkatkan.

“Apa yang diinginkan oleh pihak kerajaan adalah pendidikan agama di negeri ini dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik,” ujarnya.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0