Pendidikan akan pupuk budaya kasih sayang dan kebahagian, kata Dr Mazlee

Rakyat negara ini terlalu banyak perbezaan yang memerlukan satu budaya baru untuk mengikat mereka, kata Dr Mazlee.

Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik akan menerapkan budaya kasih sayang dan kebahagian dalam sektor pendidikan di negara ini.

Perkara ini dinyatakan beliau ketika berucap dalam majlis serah tugas antara beliau dengan bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Mazlee, rakyat negara ini terlalu banyak perbezaan antara satu sama lain sehingga memerlukan satu budaya baru iaitu kasih sayang dan saling faham memahami diterapkan.

“Kita banyak sangat berbeza antara satu sama lain, budaya berbeza, agama berbeza, ideolgi berbeza, politik berbeza dan sebagainya yang berbeza.

“Oleh itu, kita perlu satu budaya baru iaitu budaya kasih sayang untuk menuju kebahagiaan,” kata Mazlee bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini.

Budaya ini, katanya, perlu diterap dari peringkat rendah lagi termasuk melalui institusi pendidikan.

Pandangan Mazlee yang sebelum itu dikongsikan dengan Idris telah mendapat tindak balas positif dari bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu.

“Tadi Dr Mazlee beritahu beliau mahu pastikan pendidikan ini fun dan kasih sayang. Terima kasih YB,” kata Idris ketika berucap sebelum Mazlee berucap.

Sementara itu, Mazlee mengumumkan, dalam melaksanakan tugas beliau di Kementerian Pendidikan, calon Pakatan Harapan di Padang Terap, Wan Saiful Wan Jan akan membantu beliau.

Wan Saiful sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), sebuah badan penyelidikan yang berpengaruh.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote