Malaysia hari ini memerlukan Pendidikan damai berteraskan nilai-nilai yang dikongsi bersama, nilai-nilai yang berfungsi sebagai bingkai pemersatu kepelbagaian.
Pengerusi Institut Darul Ehsan, Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata bagaimanapun Pendidikan damai tentunya tidak dapat berdiri tanpa dukungan sistem pendidikan nasional keseluruhannya.
Dalam ucap utama 1 di Persidangan Serantau Hidup Bersama dalam Budaya Damai 2020 di Shah Alan Dr Siddiq berkata kurikulum dan buku teks perlu disemak untuk memastikan tidak ada unsur tersembunyi yang bersemangat kebencian dan kekerasan.
“Adanya the hidden curriculum of violence bukan suatu yang tidak mungkin, seperti dikesan oleh Albert Einstein, “our schoolbooks glorify war and concel its horrors. They indoctrinate children with hatred.
“Einstein tidak mengada-ngada ketika mendakwa bahawa buku-buku teks sekolahnya mengagung-agungkan perang, sambil menutupi kedahsyatan bencana yang diakibatkannya, katanya.
Persidangan dua hari (11-12 Februari) ini dihadiri oleh para peserta dari negara jiran dan Jepun.
Dr Siddiq menambah dalam kaitan ini pendidikan Islam juga perlu mengakomodasi aspirasi Pendidikan damai secara aktif-kreatif dengan menggagaskan Pendidikan damai dari perspektif Islam yang bertolak dari pandangan sarwa tauhidik.
” Pendidikan damai yang islami harus selamanya didasari kesedaran tentang Tuhan, menyedari kehadiran Tuhan dengan Nama-Nama dan Sifat-Sifatnya,” jelasnya.
Dalam hubungan ini, Dr Siddiq menambah Pendidikan damai tidal hanya menyangkut moral individu, tetapi lebih daripada itu terkait erat dengan tatanan politik- sosial yang komited kepada penegakan hak asasi manusia.
Turut hadir dalam hari pertama persidangan semalam ialah Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Aki dan Timbalan Pengerusi IDE dan President dan Naib Canselor Unisel, Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.
.