Malaysia Dateline

Pendidikan: Sekolah tahfiz RM50j, pondok RM25j

Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018 yang meliputi:
• Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
• Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
• Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
• Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;
• Sekolah Mubaligh – RM50 juta;
• Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
• Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
• Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau
Conforming School – RM15 juta; dan
• Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.